Sunday 11 December 2011

Gerhana Bulan di Malaysia

kejadian Gerhana Bulan berlaku pada 10 Disember 2011 bermula pada jam 7.34 malam.
berikut adalah gambar yang ditangkap secara langsung ketika fenomena itu sedang berlaku..


pada pukul 8.30 malam

pada pukul 9.10 malam

pada pukul 9.30 malam


pada pukul 9.45 malam


pada pukul 10.00 malam



keadaan gerhana penuh yang berlaku pada pukul 10.15 malam..
fenomena ini berlanjutan dan berakhir pada pukul 1.30 pagi.

Gerhana Bulan

Seperti yang sedia maklum, gerhana bulan penuh dijangka akan berlaku pada 10 Disember 2011 bermula jam 7.31 malam. Saya mengambil peluang ini untuk melihatnya sendiri dan menulisnya pada blog ini. Sangat indah ciptaan Allah dan saksikan kebesaran-Nya..



Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

Fasa gerhana bulan

Saturday 10 December 2011

Berkenalan pula dengan Satelit , Asteroid, Komet & Meteoroid

Satelit


Satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.







Asteroid

Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Kebanyakan asteroid berada di lingkaran asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari. Lingkaran asteroid ialah sebuah lingkaran yang terdiri daripada pelbagai saiz asteroid, habuk dan jasad yang berbeza.
Lingkaran asteroid




















Komet
Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Komet dikelaskan mengikut tempoh masa orbitnya. Tempoh masa pendek adalah kurang dari 200 tahun manakala tempoh masa panjang adalah melebihinya. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.






Meteoroid
Meteoroid adalah jasad-jasad kecil di sistem suria yang ukurannya lebih kecil daripada asteroid tetapi lebih besar daripada sebuah molekul. Ketika memasuki atmosfera sebuah planet, meteoroid akan dipanaskan. Gas-gas disepanjang lintasannya akan bercahaya. Jejak gas bercahaya ini disebut sebagai meteor, atau tahi bintang. Jika sebahagian meteoroid ini mencapai tanah, maka akan disebut sebagai meteorit.



















Mari kenali planet-planet..

Utarid (Mercury)

Utarid merupakan planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi.





Zuhrah (Venus)


Zuhrah merupakan planet kedua yang paling hampir dengan matahari. Ia juga dikenali sebagai “kembar” Bumi kerana kedua-dua planet ini hampir sama saiznya. Garis pusat Zuhrah lebih kurang 12,100 kilometer, hampir 644 kilometer lebih kecil daripada garis pusat Bumi. Dengan purata jarak sejauh 108 juta kilometer daripada Matahari, Zuhrah mengelilingi Matahari dalam 225 hari Bumi.






Bumi (Earth)
 Bumi adalah planet yang ketiga daripada matahari. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari.





Marikh (Mars)

 Marikh ialah planet keempat daripada Matahari dan salah satu jiran Bumi di angkasa. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi. Dengan jarak purata sejauh 228 juta kilometer daripada Matahari, Marikh mengelilingi Matahari dalam 687 hari Bumi.






Musytari (Jupiter)

 Musytari ialah planet kelima daripada Matahari dan planet terbesar dalam sistem Suria kita. Lebih kurang 11 kali lebih lebar daripada Bumi, Musytari mempunyai garis pusat sepanjang 142,984 kilometer. Dengan jarak purata sejauh 778 juta kilometer daripada Matahari, Musytari mengambil masa selama 11.86 tahun Bumi untuk mengelilingi Matahari.






Zuhal (Saturn)

 Zuhal ialah planet keenam daripada Matahari dan planet kedua terbesar dalam sistem Suria kita. Zuhal mempunyai tujuh cincin nipis dan rata di kelilingnya yang terdiri daripada zarah-zarah ais bergerak mengelilingi planet ini. Dengan jarak purata sejauh 1.42 bilion kilometer daripada Matahari, Zuhal mengelilingi Matahari dalam masa 22.46 tahun Bumi.




Uranus (Uranus)


Uranus ialah planet ketujuh daripada Matahari. Ia merupakan planet paling jauh yang boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Dengan jarak purata sejauh 2.87 bilion kilometer daripada Matahari, Uranus mengambil masa selama 84 tahun Bumi untuk mengelilingi Matahari.





Neptun (Neptune)


Neptun ialah planet kelapan daripada Matahari. Ia merupakan satu-satunya planet dalam sistem suria kita yang tidak boleh dilihat tanpa teleskop (tidak termasuk Pluto). Dengan jarak purata sejauh 4.49 bilion kilometer daripada Matahari, Neptun mengelilingi matahari dalam masa 165 tahun Bumi.

*Pluto
 Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Suria kita. Tetapi, pada tahun 2006, Kesatuan Astronomikan Antarabangsa (IAU) menurun taraf Pluto kepada planet kerdil. Dengan jarak purata sejauh 5.87 bilion kilometer daripada Matahari, Pluto mengelilingi Matahari selama 248 tahun Bumi.

Sistem Suria

Sistem Suria terdiri daripada 8 buah planet yang beredar mengelilingi Matahari pada orbit masing-masing, satelit-satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet. Matahari merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria.
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu. Matahari juga dikelaskan sebagai bintang.

Friday 9 December 2011