Saturday 10 December 2011

Mari kenali planet-planet..

Utarid (Mercury)

Utarid merupakan planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi.





Zuhrah (Venus)


Zuhrah merupakan planet kedua yang paling hampir dengan matahari. Ia juga dikenali sebagai “kembar” Bumi kerana kedua-dua planet ini hampir sama saiznya. Garis pusat Zuhrah lebih kurang 12,100 kilometer, hampir 644 kilometer lebih kecil daripada garis pusat Bumi. Dengan purata jarak sejauh 108 juta kilometer daripada Matahari, Zuhrah mengelilingi Matahari dalam 225 hari Bumi.






Bumi (Earth)
 Bumi adalah planet yang ketiga daripada matahari. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari.





Marikh (Mars)

 Marikh ialah planet keempat daripada Matahari dan salah satu jiran Bumi di angkasa. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi. Dengan jarak purata sejauh 228 juta kilometer daripada Matahari, Marikh mengelilingi Matahari dalam 687 hari Bumi.






Musytari (Jupiter)

 Musytari ialah planet kelima daripada Matahari dan planet terbesar dalam sistem Suria kita. Lebih kurang 11 kali lebih lebar daripada Bumi, Musytari mempunyai garis pusat sepanjang 142,984 kilometer. Dengan jarak purata sejauh 778 juta kilometer daripada Matahari, Musytari mengambil masa selama 11.86 tahun Bumi untuk mengelilingi Matahari.






Zuhal (Saturn)

 Zuhal ialah planet keenam daripada Matahari dan planet kedua terbesar dalam sistem Suria kita. Zuhal mempunyai tujuh cincin nipis dan rata di kelilingnya yang terdiri daripada zarah-zarah ais bergerak mengelilingi planet ini. Dengan jarak purata sejauh 1.42 bilion kilometer daripada Matahari, Zuhal mengelilingi Matahari dalam masa 22.46 tahun Bumi.




Uranus (Uranus)


Uranus ialah planet ketujuh daripada Matahari. Ia merupakan planet paling jauh yang boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Dengan jarak purata sejauh 2.87 bilion kilometer daripada Matahari, Uranus mengambil masa selama 84 tahun Bumi untuk mengelilingi Matahari.





Neptun (Neptune)


Neptun ialah planet kelapan daripada Matahari. Ia merupakan satu-satunya planet dalam sistem suria kita yang tidak boleh dilihat tanpa teleskop (tidak termasuk Pluto). Dengan jarak purata sejauh 4.49 bilion kilometer daripada Matahari, Neptun mengelilingi matahari dalam masa 165 tahun Bumi.

*Pluto
 Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Suria kita. Tetapi, pada tahun 2006, Kesatuan Astronomikan Antarabangsa (IAU) menurun taraf Pluto kepada planet kerdil. Dengan jarak purata sejauh 5.87 bilion kilometer daripada Matahari, Pluto mengelilingi Matahari selama 248 tahun Bumi.

1 comment:

  1. Jimie likes to see planets....so, asyik2 soh buka blog ija..hiihihi..thanks to u. Semua planet dia dah hafal n tau ciri2nya..ish..ish...kat rumah mmg ada ensiklopedia ttg planet..tu yang minat sangat tuuu... :D

    ReplyDelete