Monday 27 October 2014

FTP (File Transfer Protokol)
Protokol Pemindahan Fail atau File Transfer Protokol (FTP) merupakan satu kemudahan yang amat berguna dalam proses pemindahan atau perkongsian fail atau data melalui talian berkomunikasi berkomputer.
Protokol Pemindahan Fail membolehkan pemindahan fail dilakukan di antara dua komputer yang disambungkan dengan talian Internet. Fail-fail yang dapat dipindah termasuk perisian, dokumen, fail untuk konfigurasi rangkaian dan sebagainya. Untuk memindah fail dengan menggunakan protokol yang berkenaan, seseorang memerlukan perisian pemindahan fail yang khas. Perisian yang paling  popular digunakan ialah WS-FTP yang merupakan sejenis perisian freeware. WS-FTP menyediakan antaramuka mudah untuk seseorang melaksanakan proses FTP.
Banyak pusat-pusat pengajian, agensi kerajaan dan firma-firma di serata dunia menyediakan pelbagai fail untuk dicapai oleh pengguna secara percuma. Pengguna dapat mencapai dan menyalin fail-fail tersebut tanpa memerlukan kata laluan. Cara untuk menyalin fail tanap menggunakan kata laluan dikenali sebagai Protokol Pemindahan Fail Tanpa Nama.
Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan ” File Transfer Protocol (FTP)”. Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu server untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan pelajar di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP.
Capaian maklumat melalui internet melibatkan dua komponen utama iaitu capaian secara fizikal (physical access) dan capaian secara bijaksana (intellectual access). Capaian secara fizikal di dalam internet merupakan kemudahan kelengkapan komputer kepada guru dan pelajar untuk mencapai internet berserta dengan komponen seperti e-mel, gopher, kumpulan perbincangan elektronik, pemindahan fail, Archie, Veronica, WAIS, dan WWW. Tanpa kemudahan untuk mencapai internet, pengajaran secara maksima mengintegrasikan internet dalam pengajaran dan pembelajaran sukar berlaku. Namun dengan kemudahan jaringan kerja setempat “LAN” (Local Access Network) hasrat mengintegrasikan internet ke dalam pengajaran masih boleh dilaksanakan. Pelajar juga perlu dididik mengenai tanggungjawab dan etika sebagai pengguna “on-line” di dalam mencapai internet. Pelajar perlu didedahkan kepada capaian intelektual , iaitu kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber dengan penuh berakhlaq dan bijaksana.
Kemahiran-kemahiran intelektual yang perlu ada pada pelajar di dalam mencapai internet secara efektif ialah:
  • Mengetahui cara menggunakan beberapa aplikasi penting seperti e-mail, FTP, IRC dan sebagainya.
  • Menguasai beberapa perisian word processing dan grafik.
  • Memilih engin pencari yang sesuai dan tahu menggunakannya.
  • Memilih maklumat yang sah dan boleh dipercayai melalui penilaian terhadap kandungan dan sumber.
  • Merancang pencarian supaya cepat dan tepat.
  • Menganalisa data.
  • Membina dan menguji model-model.
Pembelajaran melalui internet seharusnya lebih banyak tertumpu kepada aktiviti “intellectual inquiry” , iaitu aktiviti yang boleh membawa pelajar kepada penyelesaian masalah berasaskan sumber maklumat yang bermakna. Antara kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ialah:
  • Pengajaran berasaskan sumber (resource based teaching)
  • Pengajaran pemusatan pelajar (child-centered classrooms)
  • Pengajaran berkonstruktif (constructivist teaching)
  • Pengajaran dan pembelajaran “Authentic” (Authentic teaching and learning)
  • Pengajaran dan penilaian berasaskan kepada pencapaian pelajar dalam sesuatu projek (project oriented education using authentic assessment).

No comments:

Post a Comment