Monday 27 October 2014

TCP/IP
IP (Internet Protokol)
Internet Protokol ialah internet untuk protokol yang digunakan bagi menyambung pelbagai rangkaian bagi membentuk internet. Diperkenalkan pada tahun 1983 dan merupakan sebahagian daripada projek DARPA.
Pengalamatan.
Satu isu yang pertama yang dikendalikan oleh IP ialah isu pengalamatan. Disebabkan IP menghubungkan beberapa rangkaian, pengalamatan dalam IP mestilah mempunyai dua komponen iaitu nombor yang menandakan rangkaian dan nombor yang menandakan nod dalam rangkaian.
IP menggunakan cara pengalamatan 32bit, yang dibahagikan kepada kelas.
  • Kelas A : menggunakan 8 bit pertama  untuk menandakan nombor rangkaian dan 24 untuk menandakan nod dalam rangkaian.
  • Kelas B : menggunakan 16 bit untuk menandakan nombor rangkaian dan 16 bit untuk menandakan nod dalam rangkaian.
  • Kelas C : menggunakan 24 bit untuk menandakan nombor rangkaian dan 8 bit untuk menandakan nod dalam rangkaian.
32 bit alamat nin dibahagikan kepada 4 bait. JAdi alamat suatu nod dapat dinyatakan sebagai 202.185.46.201
Bagi memastikan alamat IP tidak bertindih, perlu ada satu kawalan pusat yang mengeluarkan nombor IP. Kawalan pusat pada peringkat antarabangsa ini akan mengumpukkan alamat IP bagi suatu negara. Pada peringkat negara juga perlu ada satu badan yang mengawal nombor IP bagi setiap organisasi dalam negara tersebut. Begitulah juga pada peringkat organisasi.
Subrangkaian
Apabila satu rangkaian tempatan berkembang, pengurusannya kerapkali menimbulkan masalah. Setiap kali satu rangkaian baru dibentuk, pentadbir sistem perlu menghubungi pengawal IP untuk mendapatkan nombor rangkaian yang baru. Bagi membolehkan rangkaian dipecahkan kepada beberapa rangkaian tetapi masih dianggap sebagai satu rangkaian ialah memecahkan rangkaian kepada subrangkaian. Misalnya bagi rangkaian yang menggunakan pengalamatan kelas B, 6 bit boleh digunakan bagi menandakan subrangkaian dan 10 bit lagi digunakan bagi menandakan hos.
Protokol kawalan Internet
Selain daripada IP terdapat tiga protokol kawalan yang digunakan pada paras rangkaian iaitu :-
  • ICMP (Internet Control Message Protocol)
Protokol ini mengawal sebarang peristiwa  yang tidak dijangka dan melaporkan   dalam bentuk perutusan.
  • ARP (Address Resolution Protocol)
Walaupun setiap stesen mempunyai alamat IP, ia tidak boleh digunakan untuk menghantar data kerana alamat yang digunakan oleh suatu rangkaian adalah berbeza daripada alamat ini. Bagi memetakan alamat IP kepada alamat sebenar rangkaian, protokol ARP digunakan.
  • RARP (Reverse Address Resolution Protocal)
          Songsangan kepada protokol ARP.
 Protokol penentuan laluan
Penentuan laluan dalam internet dilakukan dengan menggunakan dua protokol:-
  • OSPF (Open Shortest Path First)
         Protokol ini digunakan bagi menentukan laluan di dalam suatu rangkaian.
  • BGP (Border Gateway Protokol)
          Digunakan bagi menentukan laluan yang melibatkan dua rangkaian yang berbeza.
TCP (Transmission Control Protokol).
TCP ialah protokol pengangkutan data yang disediakan dalam internet. Ia telah direkabentuk untuk menyediakan satu aliran data yang boleh dipercayai antara dua stesyen dalam internet. TCP pada asalnya ditakrifkan dalam RFC 793. Beberapa pembaikan kepada TCP dinyatakan dalam RFC 1122 dan beberapa tambahan kepadanya dinyatakan dalam RFC 1323.
Model TCP
Perkhidmatan TCP boleh diperolehi oleh penghantar dan penerima dengan menggunakan soket. Setiap soket mempunyai nombor soket (alamat) yang terdiri daripada alamat IP dan juga Nombor pangkalan.
Satu soket boleh digunakan bagi pelbagai sambungan pada satu masa. Maknanya satu atau lebih sambungan boleh menggunakan satu soket yang sama.
Sambungan TCP adalah dupleks dan stesyen kepada stesyen berasaskan kepada konsep pelayan pelanggan. Pelanggan adalah stesen yang memerlukan perkhidmatan manakala pelayan adalah stesen yang memberikan suatu perkhidmatan. TCP tidak menyokong sambungan daripada satu stesen kepada banyak stesen pada satu masa.Sambungan TCP juga adalah berasaskan kepada aliran bait dan bukannya aliran perutusan.
Pengurusan sambungan
Sambungan TCP dibina dengan menggunakan pertukaran perutusan tiga arah. Bagi membina sambungan,
  • pelayan akan menunggu permintaan sambungan dengan melaksanakan primitif LISTEN dan ACCEPT.
  • pelanggan akan melakukan permintaan sambungan dengan melaksanakan primitif CONNECT.
  • pelayan boleh menerima atau menolak permintaan tersebut.
  • pelanggan kemudiannya akan memberikan maklum terima kepada pelayan.

No comments:

Post a Comment