Monday 27 October 2014

PENGENALAN DAN KONSEP RANGKAIAN

Maksud rangkaian (networking) ialah menghubungkan komputer untuk berkongsi maklumat dan sumber. Ia juga merupakan teknologi yang berubah dan begitu kompleks. Banyak yang boleh dibuat untuk menyambungkan perkakasan seperti mesin pencetak, komputer dan lain-lain. Ia juga dapat menghubungkan perisian dari satu komputer ke komputer yang lain.
Asas rangkaian adalah mudah; menghubungkan dua komputer atau lebih melalui wayar atau tanpa wayar (wireless). Ia dapat memudahkan pengguna untuk berkongsi data dengan kadar yang pantas dan efisyen. Dengan rangkaian juga, pengguna dapat berkongsi perkakasan seperti printer, scanner, mesin fax dan sebagainya. Dengan ini, sesuatu kumpulan atau organisasi yang ramai tidak perlu untuk membeli begitu banyak perkakasan pejabat, hanya perlu menyambungkan sahaja. Dengan ini dapat menurunkan kos pembelian barangan atau perkakasan yang penting. Rangkaian komputer boleh di kelasifikasikan mengikut kepada skala; Personal Area Network (PAN), Local Area Network (LAN), Metropolitan Area Network (MAN), or Wide Area Network (WAN). PAN, seseorang yang berkomunikasi dengan alatan komputer termasuklah talifon bimbit, 3G, atau sebagainya yang boleh disambungkan ke alatan komputer seseorang. LAN pula mencakupi kawasan kecil seperti rumah dan pejabat. Rangkaian komputer MAN lebih besar sedikit dari LAN kerana kebiasaannya menjangkau kawasan yang besar seperti kawasan bandar atau pekan. Rangkaian komputer yang paling meluas adalah WAN kerana ia menjangkau keseluruhan kawasan bumi. Ia meliputu PAN, LAN dan MAN, menghubungkan kesemua kawasan untuk berkomunikasi. Ia jauh berbeza dengan Rangkaian komputer yang lain kerana ia tiada had rangkaian seperti yang ada pada rangkaian komputer yang lain.
Ketika rangkaian di bina, banyak masalah timbul untuk menhubungkan segala perkakasan dan alatan yang berlainan jenis. Dengan ini, Network Protokol di bina untuk memudahkan segala peralatan terutama komputer dapat berkomunikasi dengan baik. Network protokol pula mempunyai banyak jenis, seperti NerBEUI, IPX/SPX, NetLink dan TCP/IP. Kebanyakan protokol yang digunakan adalah TCP/IP. Komputer terkini sudah sedia ada perisian ini bagi membolehkan ia berkomunikasi.
Dua Jenis Rangkaian yang di gunakan sekarang iaitu peer-t0-peer (p2p) dan server-based (Client/server). Jenis rangkaian p2p ini tidak menggunakan ‘pihak di tengah’ yang mengawalnya. Maklumat atau data hanya boleh dikongsi di antara komputer dalam rangkaian sahaja.
Jenis rangkaian server-based pula menggunakan satu pelayan yang akan melayan kehendak atau pemintaan dari pengguna. Dengan ini, semua pengguna akan di smbungkan terus ke pelayan dan pengguna masih boleh berkomunikasi dengan pengguna yang lain. Contoh diagram.

No comments:

Post a Comment